Blogger Widgets
»

Do You Love Me?

Sunday, March 13, 2011

Kentang Putar di pagi hari ^^ (Whipped Potatoes)



Selamat pagi semuaa..Em..Semua dah makan ke belum??
Jom tengok resepi pagi ini ^^








Haaa..tu gambar kentang putar a.k.a whipped potatoes.. 
Nak try rasa gambar kentang tu??
Take this note~

Isi
• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub
• 1 sk lada hitam di tumbuk halus

• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus kentang dgn sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk kasi hancur
3. Then, pakai  mixer putar sampai kentang jadi halus.
4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya


Sos kentang putar
Bahan-bahan 
• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (brand Maggi/tumix)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat/kicap cair pon boleh
• garam


Cara-cara:
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renehkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg anda suka.

Erm sedapnyeee!! Kalo kat kfc sos potato yang dia bagi sikit sangat..
So kalo dah masak sendiri boleh la makan lebeyh2 sket..
Selamat mencuba ^^

No comments :

Post a Comment