Blogger Widgets
»

Do You Love Me?

Monday, July 4, 2011

Nak Honeymoon Kat Seoul :)

Nak tau salah satu daripada angan2 aku tak??Haaha..
Bila aku dah kahwin nanti aku nak honeymoon kat Pulau Jeju dan Kota Seoul Korea :)
Aku sangat2 berharap yang one day nanti future husband aku dapat bawak aku pegi Korea :)

Kalo aku dah sampai kat negara Korea tu tempat yang mula2 aku nak pegi adalah
 Muzium Boneka Beruang Teddy Menara N Seoul ^^

Waaa!!
Waktu aku tengok cite Princess Hour dulu2~~
Perghhh..Giler excited aku tengok macam2 jenis beruang yang ada dalam muzium tu ^^




Nie gambar pintu gerbang before masuk dalam muzium tu ^^

Rupanya dalam muzium tu ada dua ruangan..

Ruangan pertama:
Ruang pameran pertama mempamerkan penampilan ibu kota Seoul pada masa kerajaan Chosun dan sebelum kemerdekaan dari penjajahan Jepun. 
Di sana,kita dapat melihat proses pengishtiharan Seoul sebagai ibu kota di kerajaan Chosun.Pelbagai jenis penampilan di dalam istana seperti upacara pernikahan raja,atau upacara selamatan, penampilan masyarakat awam di sebuah pasar di kota Seoul,dan penampilan kota Seoul yang semakin dipermodenkan ditunjuk 
dibahagian ruangan pertama ini. 



*Menujukkan zaman teddy sewaktu dulu kala aka still kampung2 lagi*
Hihihi..Siap mengembala lagi ^^

Kalo di ruangan kedua pula:
Ruang pameran kedua dihiaskan sebagai ruang khusus Seoul.
So mean ruangan ni menunjukkan penampilan kota Seoul pada saat ini mulai kerajaan Apgujeong sampai kerajaan Samcheong.
 Didalamnya,terdapat sejumlah daerah seperti Myeongdong,anak sungai Cheonggye,pintu masuk arah Timur,balai kota Seoul,ETC.
Selain itu,sejumlah simbol budaya yang mengibarkan nama Korea seperti B-boy, pertunjukan tanpa kata-kata, iaitu Nanta,dll juga dibuat dalam bentuk miniatur.
Untuk kita2 yang suka snap gambar pulak,sebuah ruang khusus untuk bergambar juga disediakan,so mean sesiapa saja boleh mengambil gambar bersama beruang Teddy dengan bebas. 
Selain itu, sebuah ruang khusus yang lain juga menarik minat kita karena kita dapat mengetahui sejarah boneka beruang Teddy melalui 23 buah boneka beruang antik bersejarah lebih 100 tahun. 
Sementara itu, sebuah ruang pameran yang dinamakan 'Goong' yang dibuat sebagai tempat shooting filem 
berjudul 'Goong' atau 'Princess Hours' juga boleh dilawati ^^




*Menunjukkan perkembangan dunia teddy yang telah moden*


Wah!Teddy Bear pun ada fashion show!!
Phewwiitt!! :)

Waaa..Mesti seronok kan??
Wajib pegi nie!!! ^^
InsyaAllah.. ^^



No comments :

Post a Comment