Blogger Widgets
»

Do You Love Me?

Friday, October 14, 2011

Tudung Labuh vs Tudung Moden

Bismillahhirrahmannirrahim.. :)

Hai readers..

Sejak akhir2 ni jiwa aku agak sedikit terganggu..
Pelbagai masalah timbul dalam kehidupan seharian aku..
Percintaan..Study..
Ntahla..
Lupakan tentang itu sebab semua alhamdulillah beransur pulih..

Dalam pelbagai masalah yang timbul..
Mengapa hati terdetik untuk mengenali islam?

Ya aku islam!
Setiap hari aku mengucap shahadah,setiap hari solat,setiap tahun berpuasa dan membayar zakat..
Alhamdulillah..
Cuma rukun islam yang kelima sahaja yang belum mampu dilakukan..

Tapi aku juga insan biasa,sering melakukan dosa..
Kerana aku dan kita semua yang ada dimuka bumi ini bukanlah MAKSUM..
(Sentiasa terpelihara dari melakukan sebarang dosa..)

Dalam meneruskan kehidupan beraruskan kemodenan..
Semakin kurang wanita yang mengenakan tudung pada diri..
Apatah lagi tudung labuh?
Amat sukar untuk ditemui (pemakaian dengan keikhlasan hati)..

Lihat saja contoh pada masa kini..
Rata2 mereka mengenakan tudung labuh kerana..

"Akak,saya ni sekolah kat sekolah agama,jadi kitorang wajib la pakai tudung besar2.."
Tidak berniat untuk mengutuk sesiapa,maaf jika ada yang terasa..
Tapi janganlah jadikan tudung labuh itu sebagai suatu kekangan dan menjadi satu kemestian yang harus dipatuhi sedangkan hati enggan melakukannya..
(Agak kelihatan sedikit kehipokritan tapi itu lebih baik daripada langsung tidak mengenakannya)

"Habis kelas nanti kitorang bukak la.."
Lihat?Apa yang mereka cuba sampaikan?
Perasaan tidak rela tersemat walaupun setiap hari belajar tentang keagamaan..

Aku juga manusia yang jahil,yang kadangkala "take off" pakai tudung..
Tapi entah mengapa..
Sewaktu tidak bertudung,hati sentiasa berdetik..
"Menyesalnya aku tak pakai tudung,rambut nie terbang sana sini.."
"Isk menyesalnya tak pakai tudung,cemburu tengok orang yang pakai tudung"

Ya Allah?
Mengapa perasaan sebegini timbul?

Tapi semua jadi berbeza apabila aku mengenakan tudung..
"Ei cantiknye rambut dia..Tak nak pakai tudung lah kalo keluar nanti.."

MasyaAllah..
Kuatnya bisikan syaitan hingga terbit dihati untuk tidak mengenakan tudung..

Dalam meneruskan liku sebagai seorang pelajar..
Kadangkala rakan2 yang mengenakan tudung labuh menghampiri diri..
Entah kenapa tatkala sedang khusyuk menantikan bas yang tiba untuk menghantar diri ini ke kampus,
Anak mata ini tidak sudah2 melirik rakan yang ada disebelah..

Dalam hati berdetik:
"Seronoknya kalau dapat pakai tudung labuh.."

Sudah dua minggu perkara sebegini membelenggu diri..

Bagi aku islam itu mudah..
Islam itu sentiasa memikirkan sesuatu untuk kebaikan penganutnya..

Bayangkan sahaja apabila kita bertudung labuh..

Bukankah ia menutup kesemua anggota "bahaya" wanita?
Ini akan mengelakkan kita daripada didekati maksiat"

Cuaca pada akhir zaman juga semakin panas..
Bukankah anggota kita akan dilindungi daripada menjadi gelap..
(Kredit buat si suami)

Tudung labuh lebih mudah untuk digayakan..
Hanya ada satu cara pemakaiannya,just sarung sahaja..
Simple..(Tidak membazir masa kerana ia akan menjadi sia2)

Jimat..
Tudung labuh kita boleh jahit sendiri..
Sukat,potong dan jahit.. (Tidak mahal seperti tudung2 lain)
Tidak memerlukan aksesori yang banyak (Kerongsang yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman)

See??
Hanya dengan mengenakannya..
Kita boleh mengelakkan diri daripada pelbagai perkara..

Aku tau aku pun bukanlah sempurna mana..
Bukannya pakai tudung labuh pun..
Tapi sejak akhir2 ini,aku dapat lihat betapa indahnya islam yang sebenarnya..

Alhamdulillah syukur aku dilahirkan islam.. :)

No comments :

Post a Comment