Blogger Widgets
»

Do You Love Me?

Friday, December 3, 2010

Hukum Mengucapkan Hari Natal (Christmas)

Seperti yang kita tahu..
Christmas disambut pada setiap tahun pada 25 Disember..
Dan saya berdarah campuran kadazan (non-muslim yang merayakan perayaan ini)..
Oh lamanya nak tunggu perayaan ini.

Sedikit simpati dari saya kerana perayaan ini hanya disambut untuk sehari sahaja di negara kita kerana seperti yang kita tahu kerajaan Malaysia hanya memberikan cuti pelepasan pada tarikh 25 hb sahaja dan pada keesokkan harinya (26 hb) kesemua pekerja2 akan kembali bekerja..

Seperti yang kita sedia maklum,
santa claus agak sinonim dengan sambutan perayaan ini..
Rata syarikat2 mahupun pusat2 membeli belah akan mula menghias kedai2 mereka dengan meletakkan pokok2 krismas dan menggantungkan stokin2 dan 
topi2 santa di setiap sudut kedai mereka..

Pekerja2 mereka juga akan mula memakai topi2 berwarna merah yang berbentuk kon~
Jualan sale juga akan mula tumbuh bagaikan cendawan pada waktu ini..



Cantikkan pemandangan dibelakang tu??
Mengerlip2 suasana di One Borneo~



Pokok krismas merata2 di One Borneo~
(*amik gmbr nie waktu bru pas balik dri kelas)

Tapi..tahukah mereka kita hkum apbila kita mmakai aksesori lain yang mnjdi smbol pryaan ini?
Sebahagian ayat2 Al-Quran dan petikan Hadis:

"Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri
 (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)

"Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dlm golongan tersebut" Hadis

Ok..itu bab pemakaian..Tapi apa pula hukum apabila kita mengucapkan Merry Christmas kepada mereka?

Ibnul Qayyim berkata, “Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”, atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”

Dari sebermulanya perhiasan dan ucapan,disini kita sudah boleh lihat bahawa pastinya pemberian mahupun pertukaran hadiah sesama mereka juga diharamkan..

Tapi bagaimana pula dengan mereka/saudara islam yang mempunyai campuran dengan mereka yang tidak beragama islam seperti saya?

 Agama Islam menitik beratkan aspek-aspek mujamalah dan muhasanah (berbudi bahasa dan menjaga pergaulan yg baik) keatas kaum keluarga seseorang yang menyambut perayaan seperti Krismas.Terdapat kelonggaran yang begitu ketat diberikan kepada mereka yang beragama Islam menziarahi kaum keluarganya yang beragama Kristian dengan niat mengeratkan silatul rahim terutamanya berlaku Ihsan kepada kedua ibu-bapanya yang belum lagi memeluk agama Islam. 

Namun, adalah HARAM hukumnya kita mempercayai bahawa perayaan Krismas ialah hari menyambut hari kelahiran Isa as
Kaedah ziarah keatas kaum keluarga yang Kristian ini merupakan satu cara mengelakkan pandangan-pandangan negatif mereka terhadap agama Islam itu sendiri.

 Menurut seorang ulama' terkenal, Sheikh Dr Mustafa Al-Zarqo didalam fatwa beliau mengatakan:-

إنّ تهنئةَ الشّخص المُسلِم لمعارِفه النّصارَى بعيدِ ميلاد المَسيح ـ عليه الصّلاة والسلام ـ هي في نظري من قَبيل المُجاملة لهم والمحاسَنة في معاشرتهم. وإن الإسلام لا ينهانا عن مثل هذه المجاملة أو المحاسَنة لهم، ولا سيّما أنّ السيد المَسيح هو في عقيدتنا الإسلاميّة من رسل الله العِظام أولي العزم، فهو مُعظَّم عندنا أيضًا، لكنهم يُغالُون فيه فيعتقدونَه إلهًا، تعالى الله عما يقولون عُلُوًّا كبيرًا.

"Mengucap selamat/tahniah pada hari krismas kepada kenalan mereka dari kalangan penganut kristian, menurut pendapat saya adalah adalah dari sudut mujamalah dan muhasanah (berbudi bahasa dan menjaga pergaulan yg baik). Islam tidak menegah kita mujamalah seperti ini terhadap mereka. Lebih2 lagi al-Masih a.s. di dalam aqidah kita adalah salah seorang dari para rasul Ulul Azmi. Al-Masih juga manusia agung di sisi kita. 

Cuma, golongan Kristian melampau batas sehingga meng-I'tiqadkannya sebagai Tuhan."
ولا سيِّما أن المسلمَ قد يأتيه في عيده (الفطر والأضحى) معارِفُ له من النّصارى يُهنِّئونه فيه. فإذا لم يَرد لهم الزيارة في عيد الميلاد، كان ذلك مؤيِّدًا لِما يتَّهَم به المسلمون من الجَفوة، وعدم استعدادهم للائتلاف مع غيرهم، والمُحاسَنة في التّعامُل

"Tambahan pula, kadangkala kaum muslimin diziarahi oleh sahabat handainya dari kalangan penganut Kristian pada Aidil Fitri dan Aidil Adha serta mengucap tahniah/ ucap selamat hariraya

 Jika ziarah ini tidak dibalas pada hari Krismas, maka ini hanya akan mendokong lagi apa yg telah ditohmah terhadap umat Islam. Iaitu sikap kasar dan sikap tidak mahu berkompromi langsung dengan orang lain."

Namun demikian, sebagai orang Islam, semasa berkunjung dirumah ibu-bapa yang beragama Kristian, kita haruslah menjaga kesucian agama kita. Sebagai contoh, kita dilarang menyertai acara-acara ritual mereka seperti menyanyikan lagu-lagu Krimas, menjaga makan-minum kita, menjaga waktu Solat, dengan ertikata bila masuk waktu solat, kita akan mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun. Tidak ada kompromi didalam persoalan diatas. Kedatangan kita dimajlis tersebut hanyalah bersifat berlaku Ihsan (hormat dan menunjukkan sikap yg baik) kepada kedua ibu-bapa dan menjalinkan silatul rahim dengan adik beradik kita dan bukan kerana untuk menyambut perayaan mereka. 

Wallahu'alam

 (hanya Allah swt dan Rasulnya yang mengetahui).

P/S:Credit tuk sumber ini

2 comments :