Blogger Widgets
»

Do You Love Me?

Sunday, May 8, 2011

Cup Cake Vanilla

Beberapa hari lepas saya ada post satu blog citer sal saya buat cupcake!
So tuk yang baru nak mencuba buat cupcake..Boleh la try buat :)
Bajet y diperlukan just RM 20.00 je tuk buat 30 biji ++ cup cake..


Bahan-bahan untuk cupcake:
150 g mentega

185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla 

Untuk icing:
100 g mentega
200 g gula icing
2 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla
Manik utk tabur

Cara-cara:

Buat Cake
1.Mixerkan butter dan gula hingga kembang dan gebu(warnanya akan bertukar menjadi kuning keputih-putihan)
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.Mix lagi sampai sebati.
3.Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati(semasa proses mencampur adunan tepung,pastikan mixer digunakan pada kadar yang paling perlahan)
4.Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 1/2 penuh
5.Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C (xsmstinya 10minit..it depends on isi kat dalam cup tu,kalo tk da nk gelap2 tu..blh la angkt)

Buat Icing
1.Utk icing, mixerkan mentega dan gula icing hingga kembang dan gebu. Masukkan esen dan air panas. Mix lagi hingga putih dan berkrim (sometimes xjadi putih gak..its okey yang penting dah kembang)
2.Sapukan icing atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan icing. 
3.Kemudian boleh taburkan manik atau choc rice.

**kalo nak perisa lain,boleh tukar esen vanila kepada perisa lain yang anda mahu.Boleh juga tambah kekacang seperti badam dalam resepi :)


Selamat Mencuba! :)

No comments :

Post a Comment