Blogger Widgets
»

Do You Love Me?

Showing posts with label Im Cooking. Show all posts
Showing posts with label Im Cooking. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Cup Cake Vanilla

Beberapa hari lepas saya ada post satu blog citer sal saya buat cupcake!
So tuk yang baru nak mencuba buat cupcake..Boleh la try buat :)
Bajet y diperlukan just RM 20.00 je tuk buat 30 biji ++ cup cake..


Bahan-bahan untuk cupcake:
150 g mentega

185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla 

Untuk icing:
100 g mentega
200 g gula icing
2 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla
Manik utk tabur

Cara-cara:

Buat Cake
1.Mixerkan butter dan gula hingga kembang dan gebu(warnanya akan bertukar menjadi kuning keputih-putihan)
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.Mix lagi sampai sebati.
3.Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati(semasa proses mencampur adunan tepung,pastikan mixer digunakan pada kadar yang paling perlahan)
4.Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 1/2 penuh
5.Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C (xsmstinya 10minit..it depends on isi kat dalam cup tu,kalo tk da nk gelap2 tu..blh la angkt)

Buat Icing
1.Utk icing, mixerkan mentega dan gula icing hingga kembang dan gebu. Masukkan esen dan air panas. Mix lagi hingga putih dan berkrim (sometimes xjadi putih gak..its okey yang penting dah kembang)
2.Sapukan icing atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan icing. 
3.Kemudian boleh taburkan manik atau choc rice.

**kalo nak perisa lain,boleh tukar esen vanila kepada perisa lain yang anda mahu.Boleh juga tambah kekacang seperti badam dalam resepi :)


Selamat Mencuba! :)

Monday, March 14, 2011

Sake Nigiri Sushi

Sake Nigiri Sushi! umphh sedap!
^^ harganya pun agak sedap.. hik3.. dua bijik = rm 4.00 kat sushi king ^^



So now i bagi resepi percuma kat u all yg suka makan Sake Nigiri nie~
Tuk buat sushi nie..kita perlu ada bahan-bahannya:


1. Beras jepun (a.k.a beras pulut or beras biasa) 450 g = 16 oz
2. Cuka 60 g = 2 oz (4 sudu kecil)
3. Gula 45 g = 1.05 oz (5 sudu kecil)
4. Garam 10 g = 0.3 oz (2 sudu kecil)
5. Wasabi
6. Ikan salmon yang segar!!! >sedap!<
7. Sos soya


Macam mana nak buat??

1. Masak 450g beras tadi menggunakan rice cooker. 
(Masukkan air dan beras kedalam rice cooker..dan pastikan yang korang gunakan nisbah yang sama oke!)
Contohnya: 1 cawan beras hendaklah bersamaan dengan satu cawan air..
Setelah nasi tadi telah masak,kita biarkan nasi tu sejuk dulu k..
2. Kemudian masukkan gula,garam dan cuka kedalam periuk..Masak ketiga-bahan nie menggunakan suhu yeng rendah ok..Tunggu sampai gula tu cair.. >aiyakk..cepat2..da lapar weyhh<  
3. Renjiskan cuka keatas nasi dan uli cepat-cepat guna spatula yee.. ^^ 
(kalo kat jepun,nasi yang direnjis a.k.a uli dengan nasi nie dipanggil "Shari")
> i xtaw pe motif dia panggil shari..maybe dia teringat pkwe dia nama shari waktu buat sushi nie kot ;p  <
4. Hiris ikan salmon tu nipis-nipis then letak kat bahagian atas nasi..
5. Tuang wasabi diatas shari+salmon tu..
6. Akhir sekali hidang dengan sos soya! SIAP!! ^^

Ha??? xtaw mana nak beli wasabi?? xde jual kat mana2 melainkan kat sushi king oke~
Xpe2..nie lak resepi tuk wat wasabi..
Bahan-bahan:
1. 75 ml minyak zaitun
2. 50 ml cuka
3. 1 sudu teh sos soya
4. 1 sudu mustard
5. Garam dan lada

Cara:
Campur je semua sekali oke!

Itu saja menu tuk petang isnin ini!! ^^ selamat mencuba ^^

Saturday, November 20, 2010

Kek Batik Cheese~~ Nyummmyyy~~ (^^)v

Aku suka makan kek Batik!Nyamm3~~
Giler2 sedap dia..Hahaha
Dah tu yg buat aku makin suka nk buat kek tu sebab kos nye yg murah sesngt!
Ala..Just tggl beli biskut marie je kat kedai..
Bukan akak Mary yg ada kat tepi2 jln tu ye!Awwww gitu!lol!
(^^)v

Memandangkan aku nie asyik je makan kek batik biasa gitu!
So satu hari nie adalah aku termakan satu kek batik cheese!
Sedaaappp yoowwww~~

So tuk wat kek tu...
Kita kena ada:
susu pekt mnis~
cream chese~
nestle cream 
serbuk koko..(ada ke serbuk coklat??kalo ada guna serbuk coklat k!)
Then~campur je semua bende tuh~
dah ok susun la ngn biskut marie..siap! =D

Step sama je mcm wat kek batik biasa!
Bezanya just ada cream cheese je!!

Selamat Mencuba! (^^)v